A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z #

Senario lyrics : "Zapin Usik Mengusik"

Adik pandang-pandang pandang pada siapa
Kalau pada abang hai gembira rasanya
Adik senyum-senyum senyuman yang menggoda

Adik jangan bingung kami belum berpunya

Abang lirik-lirik melirik pada siapa

Kalau pada adik bolayanlah jalannya
Abang kenyit-kenyit kenyit mata buaya
Abang baik sikit nanti ku pulas telinga


Hai cik adik, Ya cik abang
Manis jelita, Biasa saja

Siapa nama, Itu rahsia
Tinggal di mana, Rumah bonda
Bolehkah kami, Boleh apanya abang

Jalan bersama, Oh itu bahaya
Jangan bimbang kami bujang trang tang tang


Hai cik adik sayang jalan melenggang-lenggang
Tak ubah seperti hai putri gunung ledang
Hai cik abang sayang jangan cuba menggoda

Muka cik abang semua tak boleh dipercaya

Hai cik abang, cik adik sayang

Adik bertanya, Nak tanya apa
Kenapa abang, Kenapa saya
Suka buang masa, Memang hobi kita

Nampak bergaya, Itu eksyen saja
Apapun tak ada, Tapi lembu ada
Memang abang semua tak berguna


Hai cik adik, Ya cik abang
Pilihlah saya, Muka tak lawa

Ambillah saya, Misai tak ada
Kalau saya pula, Kurus pula
Dah tentu saya, Botak kepala

Nak macam mana, Hensem bergaya
Kami pun hensem juga ya ya ya ya


Usik mengusik tiada salahnya
Asalkan baik niat di hatinya
Lebih baik bermaafan sahaja

Agar hidup kan lebih bahagia
Bersama


Marilah kita bersalam-salaman
Tanda bermulakan persahabatan
Jikalau ada terkasar bahasa

Bermaaf-maafanlah di antara kita

Bermaaf-maafanlah antara kita

Submit Corrections