A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z #

AIDEED & ASRAF lyrics : "Langitku Cari"

[Intro]
Mengapa, langitku cari? Mengapa, bukannya bumi?
Siapa, lelaki misteri? Di mana, telah kau pergi?


[Verse 1]
Rekonis si jelita, tanpa kenal erti buta

Kau wanita jelita, aku tidak berharta
Nak definisikan gangguan, masalahnya tak juga
Nak definisikan gurauan, masalahnya tak juga

Tak pernah mata ke mata,###a suara ke telinga
Banyak kenangan tercipta melalui alam maya
Kadang-kala dengan hujung jari, ingat aku pasti

Lupa takkan terjadi, cinta pandang tanpa aksi
Dengar dengan nada sayup-sayup manja
Hanya kau saja, aku angan kau permaisuri dan aku raja

Alangkah indahnya jika suatu hari nanti
Kita bertemu seperti cerita aku malam tadi
Kita terbina empangan tanpa sengaja

Kau jauh disana, aku tak berhenti memuja
Sering teringat kau walau sudah satu perlima dekad
Aku berharap kau pun begitu, selalu ingat


[Chorus]
Tapi kau lihat nanti

cinta siapa abadi
Tapi kau tahu nanti
siapa patut kau miliki


Apakah aku, yang engkau mahu?
Ataupun dia, yang engkau mahu?

Mestikah nasib, aku begini?
Ditinggal oleh, insan yang ku sayangi


[Verse 2]
Cair pada setiap kata, tidak terkelip mata
Tak pernah bersemuka hanya cinta atas dasar suka

Kau pernah kata cinta kita tak kekal lama
Sebab kerana berjauhan dan tak pernah berjumpa
Mungkin kau menilai aku dari segi rupa

Cuba pejam mata, bayangkan ku seketika
Tatap mataku dalam foto aku hantar
Hidup aku penuh derita dan penuh sukar

Gali dalam-dalam, apa ada dalam sana?
Selam dalam-dalam, apa ada dalam sana?
Duduk diam-diam sering termenung tiap malam

Terkenang kisah silam kita yang sekarang hitam
Tanya pada hati, siapa pernah berhijrah?
Tapak hatiku takkan lenyap dengan mudah

Aku berubah sejak kali terakhir setelah
Kau tinggalkan aku macam penjenayah


[Chorus]
Apakah aku, yang engkau mahu
Ataupun dia, yang engkau mahu (Pilih antara dua)

Mestikah nasib, aku begini (mestikah?)
Ditinggal oleh, insan yang ku sayangi


[Verse 3]
Detik demi detik, minit demi minit
Hal percintaan ku asingkan hal impian

Jolok cinta orang tak sama macam buah
Tapi bila sudah dapat, aku ucap tahniah
Satu perlima dekad, roh kau masuk ke tidurku

Tak pernah berlaku, aku pun mula rindu
Tercari-cari merindui suara kau yang merdu
Syahdu, lembut ayu, sifat kau buatku layu

Dimana kau menghilang? Sayang, ku seru datang
Di alam maya pun tiada, dimana kau menghilang?
Fungsi kehidupan aku bagai burung terbang

Bila aku bertemu dengan seseorang
Aku merindui kau seperti kau dah tiada
Satu impianku nak jumpa kau yang jauh disana

Ku berduka, jangan anggapku tak berguna
Maafkan aku, "Ich liebe dich.", ingat ya


[Chorus]
Tapi kau lihat nanti, cinta siapa abadi
Tapi kau tahu nanti, siapa patut kau miliki

Apakah aku, yang engkau mahu?

Ataupun dia, yang engkau mahu?
Mestikah nasib, aku begini?
Ditinggal oleh, insan yang ku sayangi

Submit Corrections