Kasih Mesra lyrics

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z #

Hijjaz lyrics : "Kasih Mesra"

Berkasih mesra hidupkan bahagia
Fitrah semulajadi bagidiri manusia
Itulah harta yang paling tinggi nilainya

Bersamalah kita saling menyuburkannya

Marilah kita bina

Bersama mengamalkannya
Itulah pesanan berharga
Dari Allah dan juga rasul-Nya


Tak kira masa tak kira suasana
Walaupun di rumah atau di tempat kerja

Hormat menghormati jadikanlah amalan
Bersama keluarga juga jiran tetangga


Marilah kita jaga
Elakkan persengketaan
Tiada faedah darinya

Kita rugi lagi merugikan

Tak kira bangsa darjat atau usia

Insan istimewa atau insan biasa
Warga yang tua rasa diri dihormati
Pada yang muda rasa diri disayangi


Anak-anak taatilah kedua ibu bapa mu
Patuhilah pesanan mereka

Hidup selamat dan sejahtera

Tuhan ku pasrah pada-Mu Tuhan

Ku pohon hidayah-Mu
Ya Allah Tuhan engkau yang maha pengasih,
Maha penyayang

Moga dosa - dosaku akan terampun
Ya Allah Tuhan engkau yang maha pengasih,
Maha penyayang

Moga ku sejahtera di dunia dan sesudahnya

InsyaAllah dengan keizinan-Mu Tuhan

Aku akan bersedia bila waktunya tiba
Aku sentiasa mematuhi rukun dan perintah-Mu
Ini janjiku pada-Mu Tuhan

Submit Corrections

Thanks to guest